Afifah FC Kuching anjur perlawanan amal di Bintulu

Kelab bolasepak Afifah (Afifah FC) dari Kuching, dengan kerjasama kelab peminat Chelsea Bintulu akan meganjurkan dua perlawanan amal pada hujung minggu ini kelak di Bintulu.

Selain mengeratkan tali persaudaraan antara kelab bola sepak, perlawanan tersebut adalah diadakan untuk mengumpul sumbangan bagi keluarga Allahyarham Mohd Zaifulfadillah.

Allahyarham Mohd Zaifulfadillah merupakan presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Bintulu.

Urusetia perlawanan tersebut, Zul Azlan bin Smail memberitahu SarawakCrocs bahawa selain mengumpul sumbangan bagi Allahyarham Mohd Zaifulfadillah, siri perlawanan persahabatan itu juga adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan antara pasukan – pasukan bola sepak.

“Kita akan mengadakan dua siri perlawanan pada hujung minggu ini kelak bagi mengeratkan tali persaudaraan antara pasukan Afifah FC Kuching dan dua kelab Bintulu, yakni Chelsea Fan Bintulu dan Bubar FC.” kata Zul Azlan kepada SarawakCrocs.

“Selain itu, kita juga akan mengumpulkan sumbangan untuk keluarga Allahyarham Mohd Zaifulfadillah semasa perlawanan itu kelak.” jelas nya lagi.

Info perlawanan amal tersebut

Masuk untuk menyaksikan kedua – dua perlawanan tersebut pada 19 dan 20 Disember 2020 adalah percuma, dan perlawanan menentang kedua – dua kelab akan diadakan di Padang Turf Kelab Kidurong Bintulu.

Kedua – dua perlawanan akan memulakan sepak mula pada jam 7.15PM.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top