Pemain-pemain dari ABC Club mendominasi Anugerah pemain terbaik kejohanan Piala FA dan Liga Super Limbang apabila membawa pulang 4 dari 7 anugerah yang dipertandingkan.
Pemain ABC Club, Razlan Jainal dianugerahkan dua trofi apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Super Limbang dan Penjaring Terbanyak Liga Super Limbang iaitu 6 gol.
Penjaga gol ABC Club, Ariff Abdullah turut dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir Piala FA Limbang apabila mempamerkan aksi cemerlang.
Hairi Asli dari ABC Club turut dipilih sebagai salah seorang daripada tiga pemain muda yang menerima Anugerah Pemain Harapan. Dua lagi pemain yang turut menerima anugerah tersebut ialah Rhyan Steeveelland dari Tiger FC dan Mirza Aiman dari pasukan Pusaka.
Selain itu, Anugerah ‘Fair Play’ bagi Liga Super Limbang dirangkul oleh pasukan LBA.
Pemain dari Liga Premier Limbang turut menerima penghargaan apabila Syazwan Mustafa dari pasukan IPD Limbang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Premier dengan 9 gol.
Pasukan Real Perbems pula membawa pulang anugerah ‘Fair Play ‘ bagi Liga Premier Limbang 2017.
Semua anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Muda Permodenan Pertanian Sarawak YB Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Ismail merangkap Presiden Limbang FA.