Dengan tarikh Mesyuarat Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) semakin menghampiri, name Dato Seri Abang Johari Tun Openg kini dikaitkan dengan jawatan ‘panas’ tersebut.
SarawakCrocs difahamkan bahawa Abang Johari, atau lebih popular dengan gelaran Abg Jo, dikatakan mungkin dicalonkan oleh beberapa individu di kalangan exco bagi memastikan FAS berada di dalam kedudukan ‘lebih rapat’ dengan kerajaan Sarawak.
Mengikut sumber kami, soal kekurangan penglibatan Abg Jo di dalam bolasepak Sarawak bukan masalah kerana sesiapa sahaja boleh dicalon sebagai presiden baharu, dengan syarat mereka menerima dua pencalonan daripada ahli gabungan.
Jawatan Presiden FAS semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini sejak FAS mengesahkan mereka akan membuat pertukaran pada pengurusan pada 17 September kelak.