Sebanyak 68% daripada 128 peminat bolasepak yang memberi respon kepada survey online SarawakCrocs di twitter menyatakan mereka merasakan David Usop perlu diganti oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Respon tersebut menggambarkan perasaan peminat bolasepak Sarawak FA yang secara amnya mengikuti perkembangan bolasepak Sarawak FA melalui akaun twitter SarawakCrocs.
Selepas Sarawak tewas kelmarin, adakah masanya sudah tiba untuk Sarawak FA mencari jurulatih baharu bagi menggantikan David Usop?
— SarawakCrocs™ (@SarawakCrocs) March 5, 2017
David yang buat julung kalinya mengemudi pasukan pilihan beliau dari awal musim kini di dalam keadaan tertekan untuk mengemudi pasukan muda Sarawak FA keluar daripada zon bahaya selepas hanya memungut tujuh mata daripada lapan perlawanan di Liga Super.
Sungguhpun survey tersebut membayangkan perasaan tidak puas hati peminat bolasepak terhadap prestasi Sarawak FA secara amnya, adalah dijangka FAS akan terus memberi kepercayaan kepada anak jati Sarawak ini untuk mengemudi pasukan Bujang Senang kerana sasaran musim ini adalah hanya untuk berada di kelompok pertengahan Liga Super.
Untuk rekod, FAS telah mengambil keputusan mengetengahkan ramai pemain muda anak Sarawak musim ini, sungguhpun kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pengalaman bermain bolasepak di peringkat tertinggi Malaysia.