Enam pemain bole sepak muda Malaysia telah dihantar berguru di Jepun bermula September.

Penghantaran mereka dibuat secara berperingkat atau fasa melalui kerjasama antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA).

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Kerjasama FAM yang terkini itu dimeterai ketika delegasi FAM yang diketuai Presidennya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengadakan perbincangan dua hala dengan PJFA selama lima hari di Tokyo bermula 26 Ogos lalu.

Kunjungan itu adalah susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 5 April lalu.

Empat pemain yang dikenalpasti adalah: Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari. Mereka akan menimba ilmu dengan Cerezo Osaka bermula dari 3 hingga 13 September 2019.

Dua lagi pemain, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Ahmad Zikri Mohd Khalili akan bersama Luqman sekali lagi di JFA Academy dan FC Tokyo pada Oktober depan.

Pemain-pemain bola sepak tersebut dipilih selepas saringan berdasarkan prestasi pemain yang dipantau FAM, Akademi Mokhtar Dahari dan Pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Penempatan pemain berkenaan di negara matahari terbit ini bertujuan memberi pendedahan, pengalaman dan peluang untuk mereka membiasakan diri dengan corak latihan dan permainan, serta cara hidup di sana jika mereka terpilih atau berpeluang untuk beraksi di Liga Jepun pada masa akan datang.