Jika dikira kali ini, David Usop telah mengambil alih pasukan Sarawak sebanyak dua kali daripada jurulatih yang terdahulu. Sepanjang ini berlaku, beliau telah bukan sahaja berjaya mengemudi pasukan Sarawak menjadi lebih stabil, malahan berjaya memastikan Sarawak tidak tersingkir daripada saingan Liga Super. Tidak cukup dengan itu, David juga berjaya membawa pasukan yang terkenal dengan jolokan ‘Bujang Senang’ bersaing di dalam peringkat Liga Super dan Piala Malaysia.

Di sini, kami menyimpulkan 5 sebab kenapa kami merasakan David harus diberi peluang sepenuhnya menjadi ketua jurulatih penuh pasukan Sarawak.

3. DISENANGI PEMAIN DAN PEMINAT


Walaupun kami tidak berapa pasti berkenaan hubungan David dengan pemain Sarawak, namun pengamatan kami menggambarkan pemain menyenangi David dan personaliti beliau. Ini adalah satu petanda baik kerana pemain perlu akan dorongan untuk berjaya dan memberikan persembahan terbaik tanpa perlu mereka diberikan tekanan untuk beraksi dengan baik. Dalam satu temuramah bersama kami, penyerang import Sarawak, Gilmar da silva Filho mengakui bahawa David memberikan beliau banyak keyakinan untuk memberikan prestasi terbaik.  Dari segi hubungan dengan peminat, David dilihat lebih mudah didekati oleh peminat dan mudah mengukir senyuman.

20 COMMENTS

  1. Kmk rasa nya dah lama dah ngan team swak nak..nya dah sebati bah ngan keadaan semuanya..give him chance to shine..give our local to prove their talent

  2. Sekiranya perut beliau tidak terlalu besar, saya akan lantik David Usop ni jadi Jurulatih Papua New Guinea untuk lawan Kim Swee Next Friendy Class AAA . setuju katakan Yahooooo Youuuu…you

  3. Sepatutnya hantar dia ambil kursus kejurulatihan licence super A seperti mana Jalil dan Ong Kim Swee.Sbb itulah recruitment dlm terma dan syarat dlm menjadi jurulatih dlm pasukan.😊

  4. Sudah tiba masanya David Usop menjadi Jurulatih Tetap Sarawak FA..
    Fizikal bukan alasan. Ada juga jurulatih slim tapi tak da kelayakan pun tak guna..

    • betul – betul ,,,raja Gopal slim juga ….but dalam nama Raja Go pal ,,,ada perkataan GO ,,,so he has to go ma……….

  5. Jgn dah alah jk klak davif usop lak kena beri 5 sebab….jd biar lah david usop urus tim swak tanpa masuk campur luar biar dgn acuan nya…biar terbaik jgn dah kalah sik nyokong tim….

  6. Bagi peluang lh kt org kpg jadi ketua jurulatih Swak…COBA dulu dn dh terbukti pun..ini sikit2 org luar..apa hl ada kantao juak kh nk pilih jurulatih

Comments are closed.