Dengan sahnya Abang Zulkarnain Abang Abdulrahman sebagai presiden baru Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), hadir harapan dari peminat dan pemerhati bola sepak Sarawak berkenaan perubahan yang bakal beliau bawakan.
Secara umumnya, ramai percaya pemimpin yang gemar dipanggil Abang Zul itu akan mengubah FAS, nakun di sini merupakan lima perkara yang peminat amat harapkan akan dilakukan oleh FAS dalam masa terdekat.
Pembangunan akar umbi
Rata – rata peminat merasakan potensi bola sepak Sarawak tidak dicapai sepenuhnya dengan FAS dilihat sibuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak berbanding membantu mempertingkatkan pembangunan bola sepak akar umbi. Oleh itu, peminat berharap presiden FAS yang baharu akan memberi lebih tumpuan kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi di seluruh Sarawak. Ini termasuklah menyeragamkan pertandingan di peringkat akar umbi seperti sekolah, akademi, daerah, bahagian dan Sarawak secara keseluruhannya.
Liga Bolasepak Sarawak
Pertandingan bola sepak di Sarawak pada umumnya selama ini bersifat jangka pendek dan kurang mendapat perhatian. Adalah diharapkan FAS akan mewujudkan satu liga jangka masa panjang seperti Liga Malaysia/Liga Super yang menjadi medan perjuangan bagi kelab bola sepak tempatan yang akan sekaligus meningkatkan minat komuniti setempat kepada bola sepak Sarawak. Kewujudan liga seumpamanya bukan sahaja akan meningkatkan lagi minat terhadap bolasepak di Sarawak, tetapi meningkatkan lagi bilangan pemain dan pasukan bola sepak di Sarawak.
Asingkan bola sepak professional dari persatuan
Dengan bola sepak Malaysia kini berubah kepada bola sepak profesional, peminat berharap FAS tidak lagi alan ‘gago’ menguruskan sebarang pasukan bola sepak profesional yang bertanding dalam sebarang liga bola sepak profesional. Sebaliknya, FAS hanya menguruskan pasukan bola sepak “kebangsaan Sarawak” yang mana menempatkan pemain boa sepak terbaik kelahiran anak Sarawak bagi pertandingan antara wilayah atau, negara.
- BACA: Abang Zul Presiden baharu FAS
- BACA: FAS perlu fokus pembangunan bola sepak
- LIHAT: Jersi Selangor FC 2023
- BELI: Jersi Sarawak 2023
Lebih telus dalam perbelanjaan
Isu kewangan sentiasa menjadi masalah utama FAS sejak kebelakangan ini. Dengan FAS menerima geran daripada Kerajaan, rakyat dan peminat bola sepak Sarawak perlu dimaklumkan dan tahu berkenaan bagaimana wang persatuan digunakan. Oleh itu, peminat bukan sahaja berharap FAS akan melaksanakan perbelanjaan yang lebih telus, tetapi juga melakukan audit bagi memastikan perbelanjaan adalah tanpa ketirisan.
Perkasa kelab bola sepak tempatan
Biarpun tidak mahu FAS menuruskan sebuah kelab bola sepak, peminat mahukan sebuah kelab dari Sarawak berjaya dalam arena bola sepak profesional di Sarawak dalam Liga Malaysia. Oleh itu, FAS diharap akan dapat dan mampu membantu kelab – kelab, khususnya yang bersifat komuniti di setiap daerah atau bahagian untuk terus membangun dan belajar menjadi sebuah kelab bola sepak profesional yang disegani. FAS boleh membantu kelab ini dengan membuat kursus berkaitan pengurusan kelab profesional, disamping membantu dalam menjadi pakar rujuk kepada kelab bola sepak supaya mereka juga boleh menjadi kelab bola sepak yang berjaya dan mampu membiayai kos operasi mereka tanpa bntuan kewangan dari kerajaan mahupun persatuan.