5 faktor utama JDT terus gemilang, dan bagaimana Sarawak FA boleh menirunya

Suka atau tidak kita harus mengakui kehebatan JDT. Memenangi Liga Super cukup sukar tetapi untuk mempertahankannya 5 kali berturut-turut adalah perkara yang luar biasa.

Mungkin ramai yang mencemuh namun sedarlah ada lima perkara yang memungkinkan kejayaan mereka ini.

5 faktor ini merupakan tunjang kekuatan pasukan JDT.

Pertama mereka mempunyai benteng yang cukup kebal. “Defence is a good offence” adalah kata-kata keramat dalam bola sepak. Tahun ini JDT hanya bolos 9 gol dari 21 perlawanan liga dan ini sudah cukup membantu mereka mencapai kejuaraan.

Faktor kedua adalah konsistensi. Mereka cukup konsisten dalam liga. Menang 9 perlawanan berturut-turut dengan rotasi pemain jelas menunjukkan kemampuan pasukan ini beraksi dengam konsisten walau siapa pun diturunkan.

Selain itu, mereka juga tidak hanya bergantung kepada seorang ayam tambatan sahaja. Pemain import yang gagal berjaya ditampung dengan baik oleh pemain tempatan. Pemain muda diberi peluang bermain di peringkat Asia dan ini indikator yang cukup bagus.

Keharmonian di bilik persalinan juga adalah faktor yang membantu. Tindakan disiplin akan diambil kepada pemain yang culas dilihat membantu pasukan menyediakan pemain yang berdisiplin dan harmoni umpama sebuah keluarga.

Faktor paling utama dalam perjuangan JDT adalah mereka berkongsi visi dan misi yang sama di antara pemilik, pengurusan, pemain dan penyokong. Mereka bergerak ke arah misi yang sama bersama-sama dan tidak lagi menoleh kebelakang semenjak itu.

Oleh itu kepada pasukan lain, seperti Sarawak FA, jika anda ingin berjaya, anda perlu mengikut DNA bola sepak JDT ini.

Tirulah tahap profesionalime mereka, dan bukan meniru tahap perbelanjaan mereka. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top