Empat pemain muda dari Sarawak telah membantu pasukan Kolej Vokasional (KV) Malaysia mengikat pasukan Kolej Komuniti Malaysia di dalam kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA 2019) yang sedang berlangung di Selangor.

Di dalam perlawanan tersebut Rick Lihan Raymond dari Bumi Kenyalang turut tersenarai sebagai antara penjaring bagi pasukan KV Malaysia apabila beliau menjaringkan gol penyamaan perlawanan pada minit-minit kecederaan perlawanan selepas pasukan senior Kolej Komuniti mendahului 2-1 sepanjang 90 minit perlawanan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Perlawanan tersebut bukan sahaja menyaksikan pasukan KV Malaysia turun dengan pemain berumur bawah 19 tahun, malahan menyaksikan lawan mereka dari Kolej Komuniti Malaysia mengunakan kelebihan saiz badan dan umur untuk mengganggu pelan taktikal pasukan lawan.

Hasilnya, dua kad merah dan empat kad kuning, kesemua diberi kepada pihak lawan, membuktikan betapa fizikalnya perlawanan permbukaan pertandingan bola sepak SIPMA tersebut.

Jurulatih pasukan KV Malaysia, Hakimi Man, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau teruja dengan semangat melawan pemain bimbingannya.

Beliau menjelaskan bahawa pasukan KV Malaysia ketinggalan dua kali di dalam perlawanan tersebut, namun mampu bangkit.  Ini tambah beliau menggambarkan kemampuan KV Malaysia yang tidak harus dipandang enteng.

Kata Hakimi “Saya begitu teruja dengan semangat melawan pemain, dua kali tertinggal kita bangkit. Semangat beginilah yg amat kita perlukan. Jangan pandang rendah kemampuan kami, itulah mesej untuk lawan kami.”

Hakimi dalam pada itu juga memaklumkan bahawa kesemua empat pemain dari Bumi Kenyalang telah diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama pasukan KV Malaysia dan ini membuktikan bahawa Sarawak mempunyai pemain muda yang berbakat.

Jelas Hakimi “Orang luar Sarawak nampaknya amat menghargai dan mengakui kemampuan pemain muda dari luar bandar kita, dan ini sesuatu yang amat menggembirakan”.

KV Malaysia akan bertemu MASISWA esok di dalam perlawaann kedua pertandingan SIPMA.

Lain-lain keputusan SIPMA adalah:

KV Malaysia 2 – 2 Kolej Komuniti Malaysia
Majlis Sukan IPG 1 – 0 Majlis Sukan Matrikulasi

MSSM 3 – 3 Majlis Sukan Politeknik
MASUM 1 – 0 MASISWA