Mungkin masanya tiba agar Sarawak FA harus dimiliki peminatnya

Milikan penyokong mungkin langkah yang tepat apabila melihatkan keadaan FAS yang sangat tenat. Individu di dalam FAS seolah-olah tidak mampu memulihkan keadaan bola sepak Sarawak.

Dengan milikan penyokong segala keputusan yang dibuat perlu dibincang bersama. Ini perlu untuk mengelakkan keputusan satu hala atau syok sendiri yang sering berlaku ketika ini.

Mungkin pihak berwajib perlu memulakan langkah menjadi perantara untuk mewujudkan yayasan penyokong ini.

Orang Sarawak kebanyakkannya tidak berat hati untuk meletak RM500 sebagai yuran tahunan dan akan mendapat pelbagai kelebihan sebagai penyokong.

Ketika membuat lawatan di stadium sekitar Kota Melbourne, Australia banyak perkara tentang pemilikan penyokong dapat saya belajar dari sukarelawan stadium.

Mereka begitu bangga tentang keahlian mereka sehingga ia menjadi tradisi di dalam keluarga.

Jika saya sebagai individu mampu memahami konsep ini mengapa FAS yang diterajui bijak pandai gagal memahami konsep ini sedangkan Sarawak sering memilih Australia sebagai pusat latihan pra musim.

Disini mereka bukan sahaja memiliki kelab tetapi juga memiliki stadium dan menjana perbelanjaan kelab dengan membuat pelbagai acara di stadium dan aktiviti melibatkan kelab dan pemain.

Sudah sampai masanya kita bergerak ke haluan ini. Buang orang politik dari bola sepak dan juga sukan kecuali jika beliau benar-benar faham akan sukan.

Penyokong dan penduduk setempat patut mengawal kelab dan mempunyai sesuatu untuk mereka banggakan sebagai orang Sarawak. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top