Home Malaysian football Hassan Mohamad intai peluang bersama Sarawak FA

Hassan Mohamad intai peluang bersama Sarawak FA

Pemain berusia 25 tahun Hassan Mohamad kini berada di Sarawak untuk mencuba nasibnya bersama skuad Sarawak FA.

Beliau yang turut merupakan pemain kebangsaan Lubnan pada siri kelayakan Piala Dunia 2014 telah dilihat bersama beberapa calon pemain import lain menyertai latihan skuad bimbingan Robert Alberts kelmarin.

Menurut penyelidikan SarawakCrocs.com, Hassan pernah bermain bersama kelab Al-Nejmeh dimana beliau telah menjaringkan sembilan gol dari 22 perlawanan.  Selepas Al-Nejmeh, beliau telah berpindah ke kelab BEC Tero Sasana F.C. dan menggunakan jersi nombor 7.

Beliau turut memiliki ketinggian 1.80cm, dan berupaya mengelecek bola dengan baik.

Hassan diamati berkemungkinan menggantikan tempat Milorad Janjus yang dikhabarkan bakal digugurkan oleh Robert Alberts akibat kecederaan.

Turut sama mengintai peluang untuk bersama skuad Bujang Senang ialah David Střihavka, Karim Darbaki dan seorang lagi calon penyerang import baharu Bamba Sinaly.

PROMOSI: Dapatkan mafla Sarawak Crocs yang original di www.eheartcharms.com.

Gambar ehsan www.dailystar.com.lb

RECOMENDED LINKS:


1 COMMENT

Comments are closed.