Ketua Jurulatih Sarawak, K Rajagobal tetap kecewa sungguhpun Sarawak berjaya memungut satu mata dari perlawanan menentang Kelab Bolasepak Pahang Sabtu lalu.
Rajagobal mengakui pemainnya banyak melepaskan peluang, sungguhpun menghasilkan permainan yang terbaik setakat ini, jika dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan lepas.
Jurulatih berpengalaman itu juga mengakui bahawa kecederaan pemain utama seperti Ronny Harun, Gilmar Filho dan K Gurusamy sedikit menggangu persembahan Sarawak setakat ini, namun enggan meletakkan perkara tersebut sebagai alasan utama kegagalan pasukan Bujang Senang mengutip mata penuh.
Sarawak dijangka akan terbang ke Terengganu untuk bertemu pasukan Persatuan Bolasepak Terengganu minggu hadapan.