Nampaknya pasukan The Red Warriors (TRW) telah menjadi milik Vida Beauty Sdn Bhd selepas pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih terkenal dengan gelaran Dr Vida mula ‘menyusun atur’ beberapa perkara berkenaan imej kelab bolasepak tersebut.
Dr Vida dilihat kini berkuasa membuat keputusan-keputusan penting untuk kelab yang kini di gelar Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) selepas melaburkan penajaan sejumlah RM16 juta baru-baru ini.
Antara keputusan yang dipengaruhi oleh Dr Vida adalah memastikan pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mewarnakan Stadium Sultan Mohammad IV di dalam warna merah jambu serta memastikan skuad PQPTRW mengenakan jersi merah jambu sebagai antara baju pilihan untuk musim 2016.
Di samping itu, Dr Vida juga berjaya meyakinkan pihak KAFA untuk menggunakan jenama dan rekaan baju ciptaan beliau sendiri, sekaligus membuatkan KAFA mengetepikan jenama baju terkenal NIKE.
Dr Vida juga dikhabarkan telah mengusulkan kepada KAFA untuk mengharamkan kuaci di stadium kerana beranggapan ianya adalah satu budaya negatif.
Beliau juga memohon kepada pihak KAFA untuk berada di bangku pemain ketika perlawanan untuk ‘menyuntik semangat pemain pada saat getir’.
Lebih menarik lagi, Dr Vida kini di dalam perancangan untuk memperkenalkan mahkota khas buat wanita yang ke stadium , sambil menyamakan mahkota tersebut dengan ‘mafla pihak lelaki’.