Penyerang sensasi Leicester City, Jamie Vardy belum lagi sah menjadi milik Arsenal walaupun kelab gergasi tersebut telah dikatakan membuat bidaan bernilai £20juta (RM120juta) untuk mendapatkan khidmat penyerang terbilang musim lalu itu.
Bidaan Arsenal terpaksa diterima oleh kelab Leicester City ekoran ianya menepati syarat harga minimum untuk membolehkan pemain tersebut dibeli keluar oleh kelab lain.
Sungguhpun demikian, status perpindahan Vardy masih lagi menjadi tanda tanya sungguhpun beliau telah dikatakan bersetuju secara lisan untuk menyertai Arsenal.
Menurut laporan media, Vardy telah dihubungi oleh rakan-rakan sepasukan beliau di Leicester, bagi memujuk beliau menerima tawaran kontrak baharu kelab Leicester City, sekaligus menyaksikan beliau menolak tawaran Arsenal dan kekal di King Power Stadium.
Dalam pada itu, penyerang yang telah menjaringkan 24 gol musim lalu itu telah memaklumkan kepada semua pihak terbabit bahawa beliau hanya akan membuat keputusan berkenaan masa hadapan beliau selapas pertandingan EURO 2016.
Adalah difahamkan bahawa jika Vardy menerima tawaran Arsenal, beliau akan dibayar £120,000 (RM708,000) seminggu jika menerima tawaran Arsenal.