Laluan Sarawak di Pertandingan Piala Malaysia yang ditukar formatnya musim ini nampak agak mudah selepas pasukan bimbingan David Usop diundi bersama pasukan T-Team, JDT II dan Kedah di dalam Kumpulan A.
Kumpulan B dilihat sebagai ‘kumpulan maut’ kali ini dengan Selangor, Pahang, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing akan beradu untuk melayakkan diri ke Pusingan Kedua pertandingan berprestij tersebut.
JDT dilihat bakal tidak mempunyai masalah untuk ke peringkat kedua selepas diundi bersama Perak, PKNS dan PDRM.
Keputusan penuh undian Piala Malaysia musim ini adalah seperti berikut:
Kumpulan A: T-Team, Kedah, Sarawak, JDT II
Kumpulan B: Selangor, Kelantan, Pahang, Kuala Lumpur
Kumpulan C: JDT, PDRM, Perak, PKNS
Kumpulan D: Felda United, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan