Salam dan Salam Sejahtera,
Saya merupakan waki kepada kumpulan penyokong bola sepak Sarawak; Ultracrocs (www.facebook.com/ultracrocs) ingin membuat bantahan rasmi kepada infografik yang pihak tuan/puan paparkan pada ruangan sukan akhbar tuan/puan bertarikh Jumaat 12 Februari 2016.
Pada infografik bejudul “LIGA M 2016” pihak tuan/puan membuat reviu ringkas kepada kesemua pasukan yang bertanding di Liga Super dan juga Liga Perdana. Pihak saya faham dan memuji tindakan ini sejajar dengan usaha untuk mensansikan pertandingan liga tempatan kita yang bakal bermula hujung minggu ini.
Malangnya jika diteliti dengan lebih mendalam, dalam ruangan reviu Liga Super, hanya terdapat 11 pasukan yang diberikan reviu. Lebih malang lagi, pasukan yang “tecicir” adalah pasukan kebangaan negeri kami, pasukan Ngap Sayot, pasukan Sarawak.
Kami amat kecewa dengan tindakan pihak tuan/puan ini yang pada masa ini kami anggap sebagai satu “honest mistake”. Mustahil akhbar segah Utusan Malaysia dengan sengaja mengecualikan reviu pasukan Sarawak, seolah pasukan Sarawak samada :-
1) bermain di liga FAM
2) bermain di liga luar seperti Liga Indonesia ataupun Liga Singapura atau
3) tidak menyertai pertandingan Liga Malaysia atas sebab digantung.
Ingin saya peringatkan buat pihak tuan/puan, pasukan Sarawak menutup cabaran Liga Super pada musim lepas di kedudukan ke – 10.
Apa yang saya anggap satu kesilapan ini, jiga tidak diperbetulkan, nescaya akan menguris perasaan penyokong pasukan Sarawak yang sentiasa setia menyokong pasukan kebangaan negeri kami ini. Harus saya ingat juga, penyokong pasukan Sarawak tidak pernah gagal memenuhi ruang stadium ketika main di laman sendiri mahupun main di kandang lawan. Ini tidak termasuk apa yang saya kita berpuluh “page” facebook yang dibuat khusus untuk mengembeling sokongan terhadap pasukan kebangaan negeri kami. Ini cukup untuk memberi gambaran betapa ghairahnya kami semua ketika berbicara berkenaan Ngap Sayot!
Pada hemat saya, jika pihak tuan/puan tidak membuat pembetulan kepada kesilapan ini secepat mungkin, ia bakal mengundang amarah yang tidak terkata dari anak negeri Ngap Sayot. Saya tidak perlu ingatkan kepada pihak tuan/puan layanan yang pihak Astro terima ketika gagal untuk menunjukkan perlawanan penting secara live melibatkan pasukan Sarawak. Saya juga tidak mahu cemuhan terus dilempar kepada pihak tuan/puan yang secara tidak lansung bakal mengundang imej burok buat kami anak negeri Ngap Sayot.
Saya sangat berharap pihak tuan/puan dapat mengambil serius bantahan dari Ultracrocs, yang saya lihat untuk kebaikan pihak tuan/puan juga.
Sekian sahaja dari saya.
NGAP SAYOT!
Zulhardy Bin Mohamad
Pegawai Penyelaras Media Ultracrocs
(www.facebook.com/Ultracrocs)