Joseph Kalang Tie amat berharap skuad Bujang Senang akan mendapat tiga mata penuh malam ini apabila Sarawak bertemu ATM FA di Stadium Negeri.
Beliau yang menjawab soalan berkenaan harapan beliau untuk perlawanan malam ini turut menambah bahawa beliau mahu peminat datang ke stadium beramai-ramai dan memberikan sokongan yang terbaik dan tidak berbelah bagi kepada Sarawak.
Tambah Joseph, peminat yang tidak dapat datang juga tidak perlu risau sebab doa kemenangan berpihak kepada Sarawak sudah memadai bagi beliau dan semua rakan seperjuangan beliau.
Sarawak bakal bertemu ATM malam ini pada jam 8:45PM.