Tottenham Hotspur tiba di Malaysia

Tottenham Hotspur (Spurs) bimbingan Mauricio Pochettino tiba di ibu negara bersama barisan pemain bintang mereka antaranya sensasi baharu di White Hart Lane, Harry Kane, penjaga gol Hugo Lloris, pemain tengah Erik Lamela dan Christian Eriksen untuk aksi Piala AIA Kuala Lumpur 2015 menentang Malaysia XI.

Perlawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyaksikan pilihan Malaysia XI bimbingan Dollah Salleh menentang Spurs di Stadium Shah Alam, esok pada jam 8.45 malam.

Tiket perlawanan kini sedang giat dijual pada harga RM58 (Terbuka) dengan tiket VIP terhad didapati pada harga RM428 dan RM328. Kesemua tiket sudah boleh didapati untuk pembelian secara online di www.ticketpro.com.my, di cawangan Ticketpro dan juga menerusi talian hotline, +603-7880-7999.

Tiket juga akan dijual di Stadium Shah Alam hari ini (26 Mei) bermula jam 11 pagi ke 8.30 malam dan pada hari perlawanan (27 Mei) dari 11 pagi hinggalah tamat separuh masa pertama.

Pintu masuk akan dibuka pada jam 4.30 petang pada hari latihan (hari ini), dan 6 petang pada hari perlawanan (esok).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top