Pengacara Astro Arena dari Sarawak, Dayang Zainatull Aqma membayangkan beliau akan tersangat gembira sekiranya Sarawak FA mampu menamatkan musim 2017 di kedudukan enam teratas.
Menurut gadis dari Kuching yang lebih suka dipanggil Atul itu, kedudukan enam teratas sebenarnya adalah satu kedudukan yang sangat baik, terutama sekali apabila pasukan Sarawak FA kini adalah sebuah pasukan yang sangat baharu.
Tambah beliau, hakikat bahawa Sarawak FA bukanlah pilihan ramai musim ini menyebabkan beliau berpandangan lebih realistik berkenaan kedudukan Sarawak pada akhir musim.
Sungguhpun demikian, Atul membayangkan Sarawak FA bakal mewarnai Liga Super sebagai pencabar utama kejuaraan musim hadapan setelah pasukan bimbingan David Usop mula serasi sepenuhnya.
Atul menjawab persoalan kami berkenaan bolasepak Sarawak ketika beliau menerima jersi rasmi SarawakCrocs 2017 yang kini boleh ditempah pada harga RM70.