TMJ buat aduan kepada FMLLP berkenaan isu ‘LIVE’ Sarawak FA

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kelmarin telah dilaporkan berangkat bagi menghadiri Persidangan Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur dimana beliau juga telah dilaporkan singgah ke Wisma FAM untuk berjumpa dengan Exco FAM dan Persatuan Pengadil.

Menurut laman rasmi JDT, TMJ telah pergi ke Wisma FAM bagi menyampaikan aduan beberapa pasukan yang bertanding di Liga Malaysia.

Antara isu yang baginda bangkitkan adalah mutu pengadilan.

Selain daripada isu berkenaan, TMJ juga telah berjumpa dengan wakil pihak Football Malaysia Limited Liability Partnersip (FMLLP) bagi membincangkan isu tiada siaran langsung perlawanan yang melibatkan pasukan Sarawak FA.

TMJ dijangka akan menjadi presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada apabila Kongress FAM bersidang pada bulan Mac ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top