TM taja Liga Super 2016 & 2017

Syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memeterai perjanjian bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menaja pertandingan Liga Super bagi dua musim, bermula 2016.

Penajaan ini akan menyaksikan TM kembali sebagai penaja utama liga bolasepak paling elit di Malaysia pada tahun hadapan selepas Liga Super kempunan sebarang penajaan jelas pada musim ini.

Selain daripada acara bolasepak, pihak TM juga akan menaja Festival Media Sosial HashtagLive Kuching  (#LiveKCH) yang akan berlangsung di CityOne Megamall pada 12 September ini.
Hashtaglive Kuching
Festival ini akan menampilkan bakat baru yang dipilih khas dari YouTube, kedai-kedai online, perjumpaan para bloggers dan banyak lagi. Masuk adalah percuma.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top