Tiga anak Sarawak diserap ke pasukan Liga Premier Kuching City FC

Kuching City FC meneruskan misi menambah bilangan pemain muda kelahiran Sarawak ke pasukan tersebut minggu ini tadi.

Kelab dengan warna hijau sebagai warna dominan mereka telah mengumumkan pengambilan tiga pemain kelahiran Kuching ke pasukan utama kelab tersebut.

Ketiga – tiga pemain yang diserap tersebut adalah pemain sayap, Amir Amri Salleh, penyerang, Amirul Iqmal Bolhi dan pemain tengah, Diego Baggio anak Test.

Menurut kenyataan ringkas kelab tersebut di media sosial, ketiga – tiga pemain adalah pemain pasukan Piala Presiden Kuching City pada musim lepas.

Mereka diserap ke pasukan Liga Premier Kuching City selepas menunjukkan kualiti dan prestasi yang baik semasa bersama pasukan utama Kuching City dalam siri jelajah kelab tersebut pada bulan Disember lalu.

Kuching City dalama pada itu belum lagi mengumumkan senarai penuh pemain bagi musim 2021, namun khabar angin menyatakan bahawa kelab tersebut akan dikuasai oleh hampir 60 – 70 peratus pemain kelahiran Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top