Jurulatih Sarawak Robert Alberts menyalahkan pemainnya diatas kekalahan menentang Terengganu Sabtu lepas.
Menurut Robert, Sarawak tidak bermain dengan baik dengan pemainnya hanya memerhatikan antara satu sama lain ketika perlu bertahan.
Jurulatih dari Belanda itu turut menyatakan bahawa pemain tidak ada semangat ketika bermain menentang Terengganu sambil menyifatkan beberepa pemain kurang berdisiplin ketika perlawanan. Tambah Robert, beberapa pemain Sarawak hanya membiarkan Muhd Iqbal diserang dan tidak langsung berkomunikasi sesama mereka.
Robert dalam pada itu juga menegur pemain yang tidak menunjukkan aksi terbaik mereka dan menyatakan jika seseorang pemain tidak mahu bermain dengan bersungguh-sungguh, beliau tidak harus menerima jersi Sarawak dan membenarkan dirinya diberi peluang bermain. Tambah Robert, adalah lebih baik jika Sarawak kalah berjuang, dari langsung tidak memberikan apa-apa tentangan dan kalah.
Robert juga menegaskan bahawa alasan pemain kurang pengalaman tidak boleh dijadikan alasan kerana setiap pemain yang menggunakan jersi pasukan Sarawak harus berjuang habis-habisan untuk pasukan mereka.
Sarawak tewas pada Sabtu lepas kepada Terengganu dan bakal menentang Pahang minggu ini.
Sumber: NST