Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akhirnya mengakui bahawa mereka telah gagal mendapatkan lesen kelab bolasepak yang mana wajib diperolehi jika ingin bermain di Liga Malaysia pada musim hadapan.
Berita tersebut dilaporkan akhbar Borneo Post hari ini.
Hakikat tersebut diakui Presiden FAS, Dato Posa Majais yang menyatakan masalah kewangan merupakan punca utama FAS gagal mendapatkan lesen tersebut sambil mendedahkan FAS kini memiliki hutang dengan beberapa badan.
Pegawai Pengurusan Lesen Kelab Bolasteepak FAS, Abang Abdul Rahman Naim turut mendedahkan bahawa FAS telah merayu apabila permohonan awal mereka ditolak sebelum ini, namun rayuan FAS, termasuk lima kelab lain ditolak.
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan menolak dakwaan bahawa FAS telah gagal mendapatkan lesen kelab bolasepak dan menyatakan ianya hanyalah satu kelewatan yang akan diselesaikan apabila dokumen berkaitan dihantar.
Sungguhpun demikian, kenyatan terbaharu dua individu penting ini memberi gambaran jelas bahawa situasi FAS adalah kritikal, dan Sarawak akan tidak dapat berakasi di Liga Super atau Liga Premier pada musim hadapan.