Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengatakan bahawa tidak akan ada geran minimum bagi persatuan dan kelab bolasepak di bawah naungannya pada tahun 2015.
Walaubagaimanapun, adalah difahamkan bahawa tahun 2015 merupakan tahun terakhir FAM akan memberi 30% dari juamlah tajaan yang diperolehinya kepada pihak persatuan bolasepak negeri dan kelab bolasepak dengan tahun 2016 akan menyaksikan FAM mengimplimentasikan kaedah pembahagain geran yang baru.
Menurut laporan Astro Arena, FAM telah menemui kaedah baru dalam penentuan jumlah geran yang akan diterima oleh pihak persatuan dan kelab bagi tahun 2016, yakni dengan melihat prestasi dan merit setiap pasukan tersebut.
Adalah difahamkan bahawa FAM akan mengutamakan pembangunan bolasepak pasukan kebangsaan, walaupun terdapat ura-ura bahawa ada pasukan kelab bolasepak di Malaysia inginkan RM1.5 juta sebagai jumlah minimu.
Sebelum ini FAM telah memeterai perjanjian penajaan dengan MP & Silva berjumlah sebanyak RM1.26 bilion.