Terengganu mohon perlawanan menentang Sarawak Sabtu ini ditunda

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) untuk menunda jadual perlawanan Liga Super antara Terengganu menentang Sarawak pada Sabtu ini.

Presidennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid berkata pihaknya memohon perlawanan ke-14 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu di tangguhkan kerana tarikh berkenaan adalah hari Nuzul Quran.

“Hari ini setiausaha saya (Arpin Draman) telah menghantar surat kepada FAM. Saya harap Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dapat terima surat kita awal agar dapat segera dibentangkan dalam mesyuarat JKPT itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan satu perjumpaan bersama pemain dan pihak pengurusan di pejabat PBSNT di sini semalam.

Sumber: BERNAMA

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top