Terengganu mahu mata penuh berdepan Sarawak

Jurulatih Terengganu, Mike Mulvey, berkata bahawa anak buahnya akan berjuang bermati-matian untuk mendapatkan mata penuh di laman sendiri malam ini.

Menurut Mike, situasi Terengganu kini bahaya, dan mereka perlu memanfaatkan semua baki perlawanan yang ada.

Mike menambah bahawa tiada perlawanan Liga Super yang mudah, tetapi mahu anak buahnya memadahkan mimpi ngeri empat kekalahan berturut-turut yang dialami sebelum ini.

Terengganu akan bertemu Sarawak malam ini dengan misi menamatkan badi kekalahan yang telah menyerang pasukan pantai timur tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top