Temerloh bakal berdepan barisan terkuat Kuching

Wakil pasukan Pahang di dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Kebangsaan, Temerloh, bakal bertembung dengan barisan terkuat Kuching di dalam pertandingan Separuh Akhir pertama LBR Kebangsaan malam ini.

Menurut jurulatih Kuching, Sharizan Sahari di dalam temuramah di dalam rancangan Bual Bola Astro Awani malam tadi, semua pemain beliau kini seratus peratus cergas dan beliau yakin mereka akan memberikan yang terbaik apabila kedua-dua pasukan bertemu di dalam Stadium Negeri pada jam 8:15PM malam ini.

Sharizan dalam pada itu turut menyatakan keyakinan bahawa pasukan Kuching bakal memberi cabaran sengit kepada Temerloh dan percaya Kuching boleh melangkah ke perlawanan akhir.

Dalam perkembangan sama, Sharizan juga menyatakan harapan beliau agar lebih banyak sokongan dapat diberikan kepada pasukan Kuching dan semua pasukan bolasepak tempatan bagi membolehkan mereka terus membangun dan berjaya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top