Persatuan Bolasepak Malaysia kelmarin mengumumkan bahawa mereka tidak memanjangkan penyiasatan berhubung kes bantahan PDRM ke atas Johot Darul Ta’zim (JDT) susulan tindakan PDRM menarik balik bantahan tersebut .
Tindakan PDRM itu sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah JDT di Liga Super musim ini, tetapi lebih penting lagi, kekal mengakibatkan PDRM tersingkir dari Liga Super pada musim hadapan, dan mengakibatkan Pulau Pinang terus kekal di liga paling tinggi Malaysia.
Sebelum ini, PDRM telah mengemukakan bantahan terhadap penurunan Juan Martin Locero oleh JDT yang mereka dakwa sepatutnya digantung ketika perlawanan 16 ogos 2016.
Bantahan dikemukakan berikutan penerimaan FAM akan bantahan dua bulan lewat Pahang FC yang diterima FAM terhadap pasukan Kedah FA atas kesalahan serupa.
Tindakan Pahang itu, telah secara automatik menyelamatkan pasukan Tok Gajah dari tersingkir, namun ianya telah membuka ruang dan kesempatan kepada pihak lain untuk melakukan perkara sama pada masa hadapan,dan ini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh PDRM sebelum mereka, tanpa sebarang sebab, menarik balik bantahan yang boleh menyelematkan merek dari tersingkir dari Liga Super.