Rata-rata peminat Bujang Senang berpendapat jurulatih baru Sarawak K Rajagobal mampu membawa perubahan positif kepada skuad Bujang Senang.
Keputusan tersebut disimpulkan selepas 81 peratus daripada 126 peminat bolasepak memberi undi positif kepada persoalan yang diutarakan pihak SarawakCrocs.com di akaun twitter mereka.
Salah satu komen berkaitan menyaksikan Mohammad Fahmi (@fahmimohammad96) berkata “Malaysia pun king(Rajagobal) dapat ngubah (mengubah), apatah lagi sarawak. Dapat yaa”.
Selain darpiada komen Fahmi, Tom Henry (@tomyful79) turut menyatakan pemain perlu serasi dengan taktikal Rajagobal, sekaligus menggambarkan beliau percaya kombinasi pemain yang betul untuk Rajagobal adalah perlu jika Rajagobal ingin mengecapi kejayaan di Stadium Negeri musim hadapan.
Rajagobal adalah jurulatih Sarawak bagi musim 2016 dan dijangka mengambil alih kerusi panas Bujang Senang sebaik sahaja kempen Piala Malaysia Sarawak berakhir.