“Pritttt!!!” Bunyi wisel yang dinanti – nantikan oleh pemain – pemain Miri Oilers. Bunyi wisel yang menamatkan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2020 antara Miri Oilers dan Ipoh Miners. Kemanangan 3-2 selepas aksi masa tambahan meletakan Miri pasukan pertama menempah tempat di separuh akhir Piala Malaysia. Hujan petang yang turun lebat sebaik sahaja pengadil meniup wisel penamat seolah meraikan kemenangan bersama dengan puluhan ribu peminat yang belari masuk ke padang untuk meraikan bersama wira – wira mereka. Untuk pertama kalinya, semenjak pertandingan Piala Malaysia ditukar format pada tahun 2016, Miri berpeluang untuk keluar dari bayang – bayang kelab yang lebih sinonim dengan kejayaan bola sepak Sarawak iaitu Kuching Panthers.
Berbekalkan kemenangan 2-0 di Ipoh minggu lepas, anak – anak buah Azizul Abu Haniffah memulakan perlawanan pusingan kedua dengan rentak perlahan cuba menahan asakan demi asakan anak – anak buah Haji Zaidel Sakup. Untuk 45 minit pertama segalanya seolah seperti dirancang oleh pelawat.Penyokong – penyokong pasukan Miri Oilers resah menantikan gol pertama. Kecederaan yang dialami oleh lagenda bola sepak negara, Joseph Kalang Tie semasa aksi pusingan pertama nyata mengganggu percaturan Haji Zaidel. Acapkali peminat menyanyikan nama pemain veteran itu untuk menyeru agar Haji Zaidel menurunkan beliau. Ulasan – ulasan penganalisa di rancangan bola sepak popular di TV, radio dan juga dada akhbar rata – rata menyatakan tahun 2020 milik Joseph. Joseph bakal menjulang Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun ini. Itu kata ramai pihak.
Akhirnya, pada minit ke 67 perlawanan, selepas pemain pertahanan muda Miri, Abang Dasuki Abang Ismail mengkasari lawan dan mendapat perintah untuk keluar padang, Haji Zaidel membuat pertukaran. Menukarkan pemain kontroversi Daniel Sumbang dan memasukan Joseph Kalang. Pada kedudukan masih terikat 0-0 dan kelebihan kepada Ipoh, tiada siapa pun mempersoalkan tindakan Haji Zaidel. “Haji Zaidel got nothing to loose. It’s now or never” ulas Dez Korkil di saluran Fox Sport. Untuk pertama kalinya tahun ini, hasil permintaan dan dukungan ramai peminat seluruh dunia, pertandingan Piala Malaysia disiarkan di 40 negara seluruh dunia Hasil kerja sama ASTRO selaku pemegang hak penyiar utama dan beberapa rangkaian sukan lain, pertandingan ini dapat di ikuti di banyak tempat di seluruh dunia.
Kemasukan Alexis Sanchez ke pasukan JDT dan Garteh Bale ke Shah Alam Wanderers nyata memberi kilauan emas yang lebih menyinar buat pertandinagn Piala Malaysia pada tahun ini. Kemasukan pemain import seperti Elias Mendes dari Brazil ke Georgetown Lightning dan William Calrvarho dari Portugal ke Kuantan Rovers nyata telah mengangkat bola sepak tempatan kita ke peringkat yang lebih tinggi. Paling hebat adalah penyertaan Rodrigo Palacio dari Argentina untuk membantu Alor Star Starians menjulang Piala Malaysia buat kali ke 5 pada tahun 2019. Selepas rekod 4 kemenangan Piala Malaysia sebelum ini yang dicatat oleh Kedah FA disambung oleh Alor Star Starians sesuai dengan dasar penswastaan Piala Malaysia pada tahun 2016.
Kejayaan johan Piala Malaysia edisi 2016 dan 2017; JDT di pertandingan Liga Juara – Juara Asia pula telah memberi semula lampu sinar kepada bola sepak Malaysia. Walaupun tumpas di suku akhir pada tahun 2017 dan separuh akhir pada thaun 2018, rata – rata penganalisa bola sepak Asia menyatakan rasa kagum dengan revolusi bola sepak yang dikecapi oleh Malaysia pada masa yang sangat singkat. Tapi semua sedia maklum, semua ini tidak mungkin dapat dikecapi jika gerakan revolusi #PFSLJ yang menyusun atur gerakan ‘hartal bola sepak’ sepanjang tahun 2015 memaksa meteri belia dan sukan pada masa itu untuk masuk campur. Hasil dari campur tangan kerajaan, maka liga super dibubarkan dan Dasar Penswastaan Piala Malaysia 2016 diperkenalkan.
Dasar Penswastaan Piala Malaysia 2016 ini mengambil hak penganjuran liga tempatan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia. Persatuan Bola Sepak Malaysia dan juga persatuan bola sepak negeri hanya diberi mandat untuk menjaga pasukan kebangsaan (untuk FAM) dan juga pasukan belia (untuk persatuan bola sepak negeri). Penganjuran liga pula dipecahkan mengikut zon kawasan, utara, pantai timur, selatan, dan malaysia timur. Liga ini akan dibawah seliaan dan kelolaan MSL Sdn Bhd. MSL Sdn Bhd dipertanggungjawabkan juga untuk mencari dana sendiri bagi urus tadbir liga serantau ini. Bagi tempoh 3 tahun pertama, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan memberi suntikan dana berjumlah RM 30 juta. Oleh kerana dana yang dibekalkan ini datang dari rakyat, maka Pengarah MSL Sdn. Bhd dan juga Menteri Belia dan Sukan wajib untuk menghadiri sesi parlimen bagi menjawab sendiri persoalan yang mungkin akan ditanya oleh Rakyat Malaysia. Setakat ini, Tan Sri Anuar Musa selaku Pengarah MSL Sdn. Bhd. berjaya mengurus dengan cekap perjalanan liga sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. Cakap – cakap di kalangan ahli lembaga pengarah MSL Sdn Bhd menyebut untuk mengubal peraturan yang hanya membenarkan pengarah untuk duduk di kerusi pengarah selama 3 tahun. Ini kerana khidmat Tan Sri Anuar Musa bakal tamat pada tahun depan.
Dasar Penswastaan Piala Malaysia 2016 menyebut agar 14 negeri di Malaysia diwajibkan untuk membentuk minima 2 pasukan dan maksima 4 pasukan bagi penyertaan setiap liga serantau. Rekod yang dicatat oleh pasukan negeri sepanjang pertandingan bola sepak di negara ini pula akan “diwarisi” oleh pasukan ibu negeri; Alor Star Starians, Kangar Thunder, Gerogetown Lightning, Ipoh Miners, Shah Alam Wanders, KL City, Melaka United, Seremban Bulls , Johor Bahru JDT, Kota Bahru Worriors, Kuala Terengganu Sailors, Kuantan Rovers, Kuching Panthers dan Kota Kinabalu Rhinos.
Dari 4 liga serantau yang diwujudkan, 4 tempat teratas akan melayakan diri ke pertandingan Piala Malaysia. Format asal Piala Malaysia dikekalkan dan johan Piala Malaysia akan melayakan diri ke pusingan kedua kelayakan Liga Juara – Juara Asia. Sementara pertandingan kalah mati Piala FA pula akan menyaksikan penyertaan kesemua pasukan kelab tanpa sekatan geografi. Hasil pencapaian cemerlang JDT di Liga Juara – Juara Asia pada tahun 2017 dan 2018 sebelum ini juga telah memberi satu lagi slot ke kelayakan Liga Juara – Juara Asia yang akan diberi kepada johan Piala FA.
Kejayaan pasukan kedua Selangor, Subang Jaya Metropolitan menumpaskan jiran mereka; Rawang Rovers pada perlawanan penuh epik di Stadium Nasional Bukit Jalil telah melayakan mereka ke kelayakan Liga Juara – Juara Asia untuk pertama kali musim depan.
Untuk pertandingan Piala Malaysia tahun ini Sarawak diwakili oleh 3 pasukan. Kota Belud Cowboys merupakan pasukan ke empat dari rantau Malaysia Timur yang layak ke Piala Malaysia. Satu pencapaian yang lebih memberangsangkan, ketiga – tiga pasukan ini, Kuching Panthers, Miri Oilers dan Sibu Taikos merajai kumpulan masing – masing dan kini berada di peringkat suku akhir. Penyerang sensasi Kuching Panthers, Desmond Nyambek, anak bekas raja pecut negara paling menarik perhatian kerana mendahului carta pencatat gol dengan 15 gol untuk aksi terakhir peringkat kumpulan. Pada perlawanan Kuching Panthers menentang Temerloh Patin minggu lepas, paling mengejutkan kehadiran pengurus Manchester United Ronald Koeman dan juga pengurus veteran Borussia Dortmund Jurgen Klop turun padang untuk melihat sendiri Desmond menjaringkan 3 gol. Pengurus pasukan Kuching Panthers Datuk Micheal Willie dari awal musim telah menyebut yang jika ada pasukan yang ingin memancing penyerang berumur 23 tahun ini, “ready to break your bank” ujar beliau. Pada pertengahan musim, Kuching Panthers telak menolak bidaan pasukan Monaco berjumlah 20 juta Euro.
Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun akan berlangsung di Stadium Rosli Dhobi, Sibu. Stadium berkapasiti 60 ribu ini merupakan stadium pasukan Sibu Taikos. MSL Sdn Bhd memilih untuk memindahkan perlawanan akhir tahun ini ke Sibu sebagai hadiah buat rakyat Sarawak yang dari awal memberi sokongan dan pengurusan bola sepak negeri yang komited dalam menjayakan Dasar Penswastaan Piala Malaysia 2016. Sokongan luar biasa dari penduduk Sibu untuk menyaksikan aksi anak buah Sibu Taikos setiap minggu memberi satu suasana yang lain dari yang lain jika berada di Stadium Rosli Dhobi. Bekas penyerang Borussia Dortmund, Marco Reus yang kini menyarung jersi Kuantan Rovers menyamakan suasana di stadium Rosli Dhobi seolah berada di Signal Iduna Park, stadium yang beliau tinggalkan 2 tahun lepas untuk beraksi di Malaysia.
Kembali kita ke aksi Stadium Miri. Kemasukan Joseph pada minit ke 67 memberi semangat baru kepada pasukan Miri Oilers yang seolah mati punca. Impak yang diharapkan dari pemain veteran tidak mengecewakan lansung. Sepakan “robana” dari beliau mengumpan penyerang Korea Park Hee-Seong untuk menyudah mudah dari jarak pendek pada minit ke 70. Pelawat dari Ipoh mula merasakan tekanan hasil dari hantaran – hantaran pendek Joseph. Azizul membuat pertukaran dan memasukan pemain pertahanan berpengalaman Fadhi Shas bagi menambah kekebalan pertahanan Ipoh Minors. Malangnya sekali lagi Joseph menjadi duri dalam daging buat Ipoh Miners. Kali ini hasil lorongan mengelirukan dari Joseph menemui lipas kudung Miri, Gopinathan untuk menghantar tinggi mencari Park. Tandukan sipi dari Park meledakan bukan sahaja pintu gol Ipoh malah mengoncang Stadium Miri. 2-2, perlawanan berbaki 8 minit. Aksi perlawanan masuk ke masa tambahan. Langit semakin gelap. Lampu limpah terpaksa dinyalakan awal. Pada masa rehat 10 minit sebelum masa tambahan bermula, papan layar menyiarkan video video lagu semangat. Lagu “Ngap Sayot Penoh Di Dada” dinyanyikan penyokong setia Miri seolah meniup semangat ke seluruh pasukan Sarawak. Aksi separuh masa pertama masa tambahan tamat apda kedudukan agreget masih lagi 2-2. Perlawanan semakin menuju ke sepakan penalti. Haji Zaidel sudah menyiapkan untuk melakukan pertukaran terakhir untuk memasukkan penjaga gol muda berumur 17 tahun Helmi Richardson, khas untuk sepakan penalti. Tapi pada detik – detik akhir perlawanan, Miri Oilers dihadiahkan sepakan percuma pada jarak kegemaran Joseph. Pasukan Ipoh mencabar keputusan pengadil malam tersebut. Azizul selaku pengurus mengunakan 1 dari 2 peluang “tayangan semula” untuk mencabar keputusan pengadil. Pengadil memaklumkan kepada Pusat Tayangan Semula dan pusat yang beroperasi di Purtrajaya cuba meneliti dari setiap sudut pandangan. Cukup 3 minit masa yang diperuntukan kepada pusat tayangan semula, pengadil telah mendapat keputusan. Keputusan kekal! Sepakan percuma tetak milik Miri Oilers. Penjaga gol Ipoh, Mohd. Zamir menyusun benteng 6 pemain. Joseph tenang meletakkan bola di bulatan yang ditetapkan dengan semburan pengadil. Penuh yakin membidik sasaran, sepakan kencang kaki kiri Joseph mudah melewat benteng dan menumpaskan Zamir yang menerpa kosong. Gol Miri Oilers, 3-2. Gol tersebut merupakan sepakan terakhir perlawanan. Miri Oilers menang 3-2. 500,000 penduduk Miri menempik riang. 45,000 penonton di Stadium Miri belari masuk ke padang. Joseph hanya dilihat menagis dipadang. Di julang tinggi di tepi padang, Haji Zaidel Sakup. Azizul Abu Haniffah, arkitek ajaib bola sepak Perak sugul merenung sedih. Miri Oilers kini ke separuh akhir. Berita baik juga datang dari Stadium Pasir Gudang. Kuching Panthers mudah menumpaskan Pasir Gudang Juniors. Kuching juga berjaya menempatkan diri di Separuh Akhir. Gua Musang Giants yang mendahului Temerloh Patin mungkin lawan Kuching Panthers di Separuh Akhir. Alor Star Starians semakin pasti akan bertandang ke MIri dalam masa dua minggu lagi untuk meneruskan aksi hangat Piala Malaysia 2020. Perlawanan Akhir Impian neutral di Stadium Rosli Dhobi nanti nyata sekali adala Kuching Panthers menentang Miri Oilers. Perlawanan adik menentang abang. Perlawanan menemukan dua pasukan yang bermain bola sepak paling menarik sepanjang tahun ini. Tetapi itu cerita akhir. Kedua pasukan perlu menempuh aksi separuh akhir terlebih dahulu dan lawan di separuh akhir bukan calang – calang.
Apa yang negara kita kecapi dari sukan bola sepak kebelakangan ini, melayakan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 dan 2022, merupakan hasil kerja keras pemikir – pemikir bola sepak tempatan dan juga peminat bola sepak tempatan. Mereka yang sudah muak dengan pentadbiran kolot dan politik kotor bola sepak tempatan merasakan sudah tiba masa untuk “merampas” bola sepak dari tangan – tangan kotor ini dan mengembalikannya kepada rakyat. ‘Hartal bola sepak 2015’ melihat gerakan #PFSLJ mengepalai gerakan subersif untuk mendesak agar bola sepak dikembalikan kepada mereka yang peduli. Demonstrasi, penyebaran tulisan – tulisan kreatif, civil obedient dan juga gerakan occupy menyaksikan aktiviti bola sepak negara lumpuh pada tahun 2015. Ramai pihak yang kononnya lebih tahu mewar – warkan kerisauan terhadap gerakan ‘anarki bola sepak’. Nyata revolusioner – revolusioner bola sepak Malaysia jujur kepada apa yang mereka perjuangkan. Atas kebenaran FIFA, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan campur tangan dan menggunakan kuasa yang didiperuntukkani dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Akta tersebut telah membubarkan FAM dan menyusun semula penstrukturan persatuan tersebut. Dari saat itu, semua telah berubah dan pada masa yang sangat singkat. Malaysia mula menuai hasil. Tahniah rakyat Malaysia. Kita jumpa di Qatar! Tahniah rakyat Sarawak. Kita jumpa di Sibu!
Artikel ditulis UltraCrocs.