SUKMA: Keputusan dan jadual Pertandingan Bolasepak SUKMA Sarawak

AKSI AKHIR KETEMU PERAK & WP
Pentas akhir pertandingan bolasepak SUKMA Sarawak bakal menyaksikan pasukan Perak bertemu pasukan Wilayah Persekutuan. Kedua-dua pasukan berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing 1-0 di dalam pertandingan separuh akhir hari ini. Untuk rekod, Perak adalah juara bertahan pertandingan bolasepak SUKMA.

Bagi pasukan Sabah dan Pahang yang telah tewas, mereka akan turut bermain pada 30 Julai ini bagi menentukan pemenang pingat gangsa pertandingan bolasepak.

KEPUTUSAN DAN JADUAL PERLAWANAN BOLASEPAK SUKMA SARAWAK

SUKMA Sarawak Bolasepak bonai

LAPORAN PERINGKAT KUMPULAN:
Pasukan bolasepak Johor dan Selangor hari ini mengesahkan tempat di Suku Akhir Pertandingan Bolasepak SUKMA Sarawak selepas menduduki dua tangga tertinggi di dalam Kumpulan A.

Selangor mengesahkan tempat mereka selepas menewaskan Perlis 1-0 di Stadium Negeri Sarawak, manakala Johor gah menyertai Selangor ke peringkat Suku Akhir selepas mengikat Melaka 1-1.

Sementara itu, di dalam Kumpulan B, Pahang dan Sabah masing-masing melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir biarpun Sabah dan Kedah sekadar berkongsi mata hati ini.

Pasukan Sarawak pula berjaya mengesahkan tempat di peringkat suku akhir dengan perbezaan jaringan, walaupun di-ikat oleh Wilayah Persekutuan 2-2 pada hari Sabtu. Keputusan itu sekaligus menyaksikan Wilayah Persekutuan turut ke peringkat suku akhir berdasarkan beza jaringan lebih besar berbanding Terengganu.

Perak pula berjaya mengesahkan tempat di pertandingan Suku Akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada pertandingan akhir.

19 JUL
Johor (1) – (1) Perlis
Melaka (1) – (2) Selangor
Kedah (0) – (0) Pahang

20 JUL
Sarawak (0) – (0) Terengganu
Perak (1) – (0) Pulau Pinang

21 JUL
Selangor (0) – (1) Johor
Perlis (1) – (3) Melaka
Pahang (4) – (4) Sabah

22 JUL
Terengganu (1) – (1) Wilayah Persekutuan
P. Pulau Pinang (2) – (2) Negeri Sembilan

23 JUL
Selangor (1) – (0) Perlis
Johor (1) – (1) Melaka
Sabah (1) – (1) Kedah

24 JUL
Wilayah Persekutuan (2) – (2)Sarawak
Negeri Sembilan (1) – (2)Perak

KEDUDUKAN PASUKAN BOLASEPAK SUKMA SARAWAK

KUMPULAN A

SELANGOR P3 M2 S0 K1 J3 B2 MT6
JOHOR P3 M1 S2 K0 J3 B2 MT5
MELAKA P3 M1 S1 K1 J5 B4 MT4
PERLIS P3 M0 S1 K2 J2 B5 MT1

KUMPULAN B

SABAH P2 M0 S2 K0 J5 B5 MT2
PAHANG P2 M0 S2 K0 J4 B4 MT2
KEDAH P2 M0 S2 K0 J1 B1 MT2

KUMPULAN C

WILAYAH PERSEKUTUAN P2 M0 S2 K0 J3 B3 MT2
SARAWAK P2 M0 S2 K0 J2 B2 MT2
TERENGANU P2 M0 S2 K0 J1 B1 MT2

KUMPULAN D

PERAK P2 M2 S0 K0 J3 B1 MT6
NEGERI SEMBILAN P2 M0 S1 K1 J3 B5 MT1
PULAU PINANG P2 M0 S1 K1 J2 B2 MT1

Pasukan yang di gelapkan layak ke peringkat Suku Akhir.

Rujukan:
P – Main
M – Menang
S – Seri
K – Kalah
J – Jaringan
B – Bolos
MT – Mata

PERINGKAT KNOCK OUT

SUKMA Sarawak Bolasepak players

PERINGKAT SUKU AKHIR:
Pasukan bolasepak SUKMA Sarawak akhirnya terpaksa akur kepada kekuatan juara bertahan bolasepak SUKMA, Perak, yang menyingkirkan mereka daripada pertandingan tersebut melalui sepakan penalti malam ini. Perlawanan yang berlangsung sengit menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh, dan 2-2 selepas masa tambahan, sekaligus memaksa penentuan dilakukan melalui sepakan penalti. Perak muncul pasukan yang lebih bersedia secara mental apabila menjaringkan tiga sepakan penalti, dengan Sarawak gagal menjaringkan sebarang sepakan yang diambil.

Di peringkat suku akhir yang lain yang berlangsung di sebelah petang pula, pasukan Sabah mengejutkan pasukan Johor 2-0 di Stadium Negeri untuk meletakkan mereka sebagai lawan Separuh Akhir kepada Perak.

Satu lagi suku akhir di Padang D menyaksikan Wilayah Persekutuan memerlukan masa tambahan untuk menewaskan Negeri Sembilan 2-1 bagi meletakkan mereka sebagai lawan separuh akhir kepada pasukan Pahang yang mudah menumpaskan Selangor 2-0 di Stadium Unimas

26 JUL: SUKU AKHIR
QF1: FT Selangor (0) vs (2) Pahang @ UNIMAS, 3:45PM
QF2: FT Johor (0) vs (2) Sabah @ Stadium Negeri, 3:45PM
QF3: FT Wilayah Persekutuan (2) vs (1) Negeri Sembilan @ Padang D, 3:45Pm
QF4: FT Perak (2) vs (2) Sarawak @ Stadium Negeri, 8:30PM – Perak menang melalui tendangan penalti 3-0

28 JUL: SEPARUH AKHIR
SF1: FT Pahang (0) vs (1) Wilayah Persekutuan,  3:45PM @Stadium Negeri
SF2: FT Sabah (0) vs (1) Perak, 3:45PM @Stadium Unimas

30 JUL: PENENTUAN PINGAT AKHIR
FINAL: Wilayah Persekutuan vs Perak, 8:45PM @ Stadium Negeri.
3RD PLACE: Pahang vs Sabah

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top