Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Datu Sudarsono Osman yakin bahawa Sarawak akan mampu mengubah nasibnya dalam Liga Super.
Menurut Borneo Post, Sudarsono berkata Sarawak bermain baik menentang pasukan-pasukan seperti JDT, namun harus bekerja lebih keras untuk memperbaiki penyudah, di samping memiliki nasib untuk menjaringkan gol.
Tambah Sudarsono, beliau dan pihak pengurusan Sarawak telah berjumpa dengan pemain-pemain Sarawak beberapa hari lepas dan pemain telah memberikan respon positif berkenaan perlawanan yang akan datang dimana pemain berjanji akan memberikan yang terbaik untuk memastikan Sarawak bangkit.




![[MSL] Kelantan FA vs Sarawak FA](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2014/01/Kelantan-FA.jpg?fit=660%2C250&ssl=1)