Kelmarin, 30 Oktober, merupakan tarikh akhir bagi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menghantar dokumen-dokumen untuk mendapatkan lesen kelab bola sepak ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Mengikut sumber kami, FAS telah dengan jayanya menghantar dokumen-dokumen tersebut.
Sungguhpun demikian, tiada pengesahan dari pihak FAS mahupun pihak FAM dibuat berkenaan perkara itu buat masa ini dan sumber kami adalah sumber tidak rasmi.
Dalam perkembangan sama, kini, semua peminat bola sepak Sarawak sedang menanti keputusan First Instance Body (FIB) Perlesenan Kelab FAM bagi mengetahui status pasukan Sarawak FA pada musim hadapan.
Ini adalah kerana status lesen kelab bola sepak Sarawak akan membawa impak kepada keadaan Kuching FA dan Sarawak FA pada musim hadapan.
Jika Sarawak masih gagal dikurniakan lesen, maka perlawanan ‘play off Liga Premier’ antara pasukan Sarawak FA dan Kuching FA bagi merebut slot ke Liga Premeir 2020 akan menjadi kenyataan dan akan dilangsungkan.
Jika Sarawak FA gagal mendapatkan lesen tersebut, perlawanan play-off tersebut tidak akan dimainkan, Sarawak FA akan diturunkan ke Liga M3 dan Kuching FA berkemungkinan akan dinaikkan ke Liga Premier secara automatik.
Segalanya akan dijawab apabila FIB FAM mengumumkan keputusan hasil mesyuarat perlesenan kelab bola sepak kelab kelak.
Oleh itu, sama-sama kita nantikan.