Peminat bola sepak Kuching City mendapat perkhabaran gembira bahawa perlawanan pasukan kesayangan mereka menentang PDRM FC, dikhabarkan akan ditayangkan secara percuma di laman sosial PDRM.
Mengikut satu kumpulan penyokong bola sepak Sarawak di Facebook, yakni Sarawak Football Update, pihak PDRM akan menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung di akaun Facebook rasmi PDRM FC.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, kedua – dua PDRM dan Kuching City sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan siaran langsung tersebut.
Oleh itu, peminat dinasihatkan menunggu sehingga salah satu atau kedua – dua pasukan mengumumkan secara rasmi berkenaan siaran langsung perlawanan tersebut.
Perlawanan Liga Premier itu dijadualkan pada Sabtu ini, 20 Mac, pada jam 9 malam.