Stadium Kota Bharu bakal berwarna merah jambu

Stadium kebanggaan pasukan Liga Super Kelantan F, Stadium Sultan Muhammad IV, bakal berwajah baharu apabila pihak pengurusan The Red Warriors (TRW) meluluskan dan menerima tajaan syarikat kosmetik Vida Beauty yang merupakan syarikat pengeluar barangan Qu Puteh.

Menurut Tan Sri Annuar, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), pengasas Vida Beauty iaitu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman telah ditawarkan jawatan penasihat kehormat KAFA bagi musim ini bagi membolehkan TRW menggunakan kepakaran beliau di dalam bidang pemasaran dan penjenamaan.

Pihak TRW juga difahamkan telah menerima 33 syarat yang dikenakan oleh Dr Hasmiza dan akan menandatangani kontrak bersama Vida Beauty pada 15 Januari ini.

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar juga telah menjelaskan bahawa penajaan Vida Beauty masih tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan TRW susulan hanya RM4 juta sahaja boleh digunakan oleh pasukan, manakala kos lain adalah untuk tujuan baik pulih dan naik taraf stadium serta perbelanjaan lain.

Dengan pengesahan penajaan Vida Beauty, pasukan TRW dijangka akan membuat permohonan menukar nama pasukan mereka kepada Pamoga Qu Puteh TRW, selaras dengan syarat penajaan yang telah dikenakan oleh Datuk Seri Dr Hasmiza.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top