Ketua jurulatih pasukan Sarawak bawah 21 tahun, S Veloo optimis anak buahnya mampu untuk mencapai sasaran empat tempat teratas atau sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir Piala Presiden musim ini.
Stadium Astro melaporkan bahawa skuad kendalian S Veloo semakin serasi beraksi bersama dan mampu menjanjikan tentangan sengit dengan pencabar lain.
Biarpun hanya mencatat satu kemenangan, satu seri dan satu kalah sepanjang siri perlawanan persahabatan yang dilakukan di Kuala Lumpur, S Veloo tetap yakin dengan kemampuan anak buahnya setelah menyaksikan pasukannya itu menunjukkan perkembangan yang semakin pisitif.
Tambahnya lagi, kehadiran pemain-pemain berbakat besar seperti Abang Norfirman Abang Nor Azman, Nor Azizi Ramlee, Rodney Celvin Akwinsivie, dan Azman Church dilihat mampu memberi impak yang positif dalam kempen Piala Presiden musim ini.
S Veloo turut sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama pasukannya kini bersiap sedia menghadapi cabaran Piala Presiden yang akan bermula tidak lama lagi.
Dapatkan Jersi Rasmi SarawakCrocs 2017 sekarang melalui pre-order sahaja pada harga RM70 atau hubungi +60111271409 melalui whatsapp.