Simunic mahukan Karlo Primorac

Ketua jurulatih pasukan Liga Premier Sabah, Vjeran Simunic, mengakui beliau belum mendapat pasukan yang diperlukannya untuk mencabar di dalam Liga Premier.

Jurulatih dari Croatia itu walaubagaimanapun berharap Sabah akan berjaya menandatangani bekas penyerang Sime Darby, Karlo Primorac.

Menurut Simunic, Primorac kini perlu melepasi ujian kecergasan untuk membolehkan beliau ditawarkan kontrak bersama Sabah, dan berharap Primorac dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di Sabah secepat mungkin.

Tambah jurulatih berpengalaman tersebut, posisi Primorac sebagai penyerang utama amat penting di dalam perancangan beliau kini.

Dalam pada itu, Simunic juga menegaskan bahawa beliau gembira dengan hakikat pasukannya kini memiliki banyak pemain Sabah sambil menyifatkan situasi ini sebagai ideal untuk membentuk sebuah pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Sabah dijangka mengumumkan barisan penuh mereka pada 20 Januari ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top