Siaran langsung JDT – Sarawak Rabu ini DIBATALKAN

KEMASKINI 4PM, 18 April :
Perkhabaran kurang gembira kami perolehi apabila FMLLP hari ini mengesahkan bahawa siaran langsung pada hari Rabu ini tidak melibatkan pasukan Sarawak, malahan akan melibatkan pasukan Felda United menentang PDRM, serta pasukan Selangor menentang Pulau Pinang.

Pengesahan dibuat melalui infografik yang dikeluarkan badan yang menguruskan Liga Malaysia itu.

TERDAHULU:
Peminat bolasepak pasukan Sarawak akan bakal dapat menyaksikan pasukan kegemaran mereka menentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) pada hari Rabu ini apabila dikhabarkan bahawa perlawanan tersebut sah akan ditayangkan secara langsung dari Stadium Larkin.

Perlawanan tersebut akan ditayangkan oleh Media Prima di saluran TV3 dengan siaran pra-tonton bermula pada jan 8:30petang.

Mengikut sumber SarawakCrocs, siaran langsung perlawanan tersebut adalah belum 100% sah buat masa ini, tetapi semakan pihak kami di papan rancangan TV3 pada hari tersebut turut mengesahkan slot masa 8:30PM telah dikhaskan untuk perlawanan tersebut.

Perlawanan JDT FC menentang Sarawak di Stadium Larkin sebelum ini dijadualkan di pada pusingan kedua Liga Super, namun penglibatan JDT di dalam perlawanan peringkat Asia menyaksikan pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengubah mengawalkan perlawanan tersebut ke Rabu ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top