Laman web sukan berbahasa Inggeris Four Four Two (FFT) telah memilih bekas kapten Sarawak, Sharol Saperi sebagai antara pemain pilihan bagi minggu pertama Liga Super.
Menurut laman web sukan tersebut, Sharol dipilih kerana beliau telah membantu skuad Bujang Senang seri ketika menentang Felda United minggu lepas yang mana menyaksikan Sharol menjaringkan satu gol, dan membantu dalam satu lagi gol.
Turut terpilih dalam senarai FFT adalah penyerang PDRM Dramane Traore yang menjaringkan hat-trick ketika pasukan beliau tewas 5-3 kepada Lions XII, dan beberapa pemain lain seperti Farizal Marlias, Gustavo Lopez, Nurridzuan Abu Hassan, Gabriel Quek, S Kunalan, Izzdin Shafiq, Marcos Antonio, Jonathan McKain dan Hafiz Sujad.
Sumber: FFT