Pemain kebangsaan, Nur Shamie Iszuan tekah dilaporkan berminat untuk bermain dengan pasukan baharu.
Menurut laporan HarimauMalaya, Shamie bukan sahaja mahu mengembangkan potensi dan bakatnya dengan bersama pasukan baharu musim hadapan, tetapi telah melahirkan kekecewaan situasi di pasukan kelab lamanya tidab berubah.
“Ini adalah peluang untuk saya tunjukkan lagi bakat saya. Saya dah tak nak dah kekal di sana kerana kita lihat sudah berapa tahun sama saja.” kata Shamie dalam laporan HarimauMalaya.
Bukan itu sahaja, laporan laman sukan itu turut menyatakan bahawa Shamie mendakwa bahawa masalah yang ada dlam pasukan lamanya masih belum selesai.
“Saya nak cuba sesuatu yang baru, nak main dengan pasukan lain pula. Masalah yang berlaku dalam pasukan saya boleh katakan masih belum selesai.” Shamie dipetik berkata lagi.
Shamie merupakan pemain bola sepak kelahiran Sarawak yang kini sedang bermain dengan pasukan Kebangsaan dalam satu siri perlawanan persahabatan di luar negara.
Beliau merupakan antara pemain tengah dan serangan yang paling menyerlah Sarawak pernah lahirkan dalam era ini dan pernah bermain untuk pasukan Sarawak United, Sarawak FA, PJ Rangers, dan Negeri Sembilan.
Pasukan baharu Shamie buat masa ini tidak diketahui.