Selepas JDT enggan melepaskan pemain, kini Selangor pula telah berbuat demikian, dan ini sekaligus memaksa jurulatih Malaysia, Dollah Salleh membuat rombakan ke atas pemain yang dipilih beliau untuk menghadapi perlawanan persahabatan tersebut.
Menurut sumber akhbar, Selangor enggan melepaskan pemain mereka berikutan jadual perlawanan mereka yang padat.
Berikut adalah senarai baru pemain yang akan menentang Liverpool kelak:
- Muhammad Zamir Selamat (Perak)
- Muhamad Nasir Basharudin (Perak)
- Thiago Junio Aquino (Perak)
- Charles Souza Chad (Perak)
- Muhammad Zubir Azmi (Terangganu)
- Norshahrul Idlan Talaha (Terangganu)
- Bikana (Terengganu)
- Mohd. Khairul Azhan Khalid (Pahang)
- Mohd. Razman Roslan (Pahang)
- Azammuddin Akil (Pahang)
- Mohd. Afif Amiruddin (PDRM)
- Dramane Traore (PDRM)
- Yong Kuong Yong (Pulau Pinang)
- Nazirul Naim Che Hashim, Kumaahran (Harimau Muda B)
- Baddrol Bakhtiar (Kedah)
- Ahmad Syamim Yahya (Felda United)
- Zah Rahan Krangar (Felda United)
- Jayaseelan (Felda United)
- Joseph Kalang Tie (Sarawak)
Bagi Sabah dan Sarawak, hanya Joseph Kalang Tie sahaja yang tetap menjadi wakil dari Borneo.