Beberapa laman sosial berkaitan dengan perkembangan bolasepak Sarawak hari ini mengkhabarkan bahawa pasukan Sarawak mungkin menghadapi krisis gaji.
Buat kini, dua laman, yakni laman Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya (SSBNTGY) dan Penyokong Lalang Sarawak FA mengkhabarkan bahawa skuad bimbingan K Rajagobal kini berdepan krisis gaji dengan SSBNTGY mengatakan bahawa “Hasil risikan menerusi beberapa sumber yang sangat kuat mengatakan bahawa berlakunya krisis di dalam skuad Sarawak sejak beberapa minggu yang lepas“.
Laman Penyokong Lalang Sarawak FA pula telah mengeluarkan kenyataan membayangkan prestasi buruk Sarawak kini adalah disebabkan gaji dan elaun pemain yang tidak berbayar.
Sungguhpun berita ini adalah hanya di peringkat khabar angin kini, namun diharapkan tindakan sewajarnya di ambil bagi menjaga kebajikan pemain.