Sarawak’s #MarchMadness, as said by the ultras

Program ‪#‎MarchMadness‬ kita diteruskan lagi dengan kemenangan penuh bergaya 3-1 ke atas Temasek malam tadi. Dual gol jaringan Chanturu “Express” dan satu gol jaringan Rashid “Acun Gelek” Aya cukup untuk meneruskan nasib malang anak – anak buah Fandhi Ahmad.

Bermain dalam hujan (pass ke melaya sikit boleh sik ujan tok :P), di hadapan penyokong yang sentiasa vokal melontarkan sokongan, pendekatan coach RA untuk perlawanan ini agak berbeza. Kombinasi kecederaan dan prestasi kurang memuaskan awang – awang import Sarawak untuk musim ini, coach RA telah mencanangkan yang dia akan bermain tanpa “a recognized striker” untuk merobek barisan pertahanan pimpinan Isa Halim. Taktik untuk menggunakan “false number 9” ini nyata berjaya mengucar ngacirkan pertahanan Temasek from the word go.

Hantaran – hantaran pendek, dan larian – larian behind the the defence line menjadi ramuan utama malam tadi. Semua gol dihasilkan dari gerakan dan interchange of passes yang padu dan tepat dari bahagian tengah dan serangan. Eh lupa, tiada barisan serangan, kita ada “false number 9”

Tidak cukup pujian yang kita berikan kepada Lot untuk aksi sebentar tadi. Memang benar persembahan beliau agak tidak konsisten sepanjang musim in, tetapi harus di ingat ketika dia on form, not that many players can touch him. Jeneral Lot malam tadi mengeluarkan segala arsenal of passes yang dimiliki beliau. Pendek, kehadadapan, give and go, through from inside sole, through from outside footer, pendek ke kiri semua beliau mampu lakukan malam tadi. Jeneral Lot adalah calon MOM admin malam tadi.

Admin ingin menarik perhatian pembaca kepada beberapa pointers menarik sepanjang perlawanan :-

Pertama, JKT. Dari wisel permulaan lagi JKT lead the line of “false number 9″s. Standing on the should of defence, gerakan lincah JKT menjadi duri dalam daging buat pertahanan lawan. Sekali percubaan dari JKT untuk melambungkan bola top corner setelah menewaskan Izwan Mahbub tetapi was cleared off line. Sekali lagi JKT melepaskan percubaan kencang selepas menewaskan pertahanan with THAT flick, malangnya percubaan beliau terkena tiang gol. False number 9, memang posisi terbaik JKT.

Kedua, Junior. Sepanjang musim ini bermula malam ini merupakan persembahan terbaik Junior. Untuk pertama kalinya kelebihan fizikal Junior, memberi kelebihan kepada beliau. Sering kita saksikan musim ini, kelebihan ini menjadi penyumbang kepada persembahan kurang meyakinkan dari Junior. Beliau memenangi beberapa ariel duels dan paling penting assist beliau , flick on header dari lontaran Ronny Harun berjaya menemui Chanturu Express yang tidak kawal di far post.

Ketiga, ZM7. Jika JKT ada THAT flick, ZM7 ada THAT pass. ZM7 masuk untuk menggantikan ACC11. Satu pertukaran like-for-like dari coach RA ini meneruskan tekanan terhadap barisan pertahanan Temasek. Hasilnya, satu lorongan cantik kepada Rashid Aya untuk gol ke 3 Sarawak. Sila tunggu ulang tayang highlight perlawanan dan saksikan THAT pass dari ZM7.

Terbungkam di tangan Titing, menang bergaya ke atas Lions. #MarchMadness diteruskan menentang Pahang di SDM. Harap pihak pengurusan tidak melakukan kesilapan yang sama ketika menentang Titing dan mulakan perjalanan ke Kuantan sekurang – kurangnya 2 hari sebelum hari perlawanan. Keletihan merupakan faktor utama mengapa Sarawak beraksi kurang bermaya di KT tempoh hari. (Nota berkaki, jika kita menang di KT tempoh hari, kita sekarang duduk di takhta liga)

Apa – apa pun, we should only cross the bridge once we reach the river. Kita sekarang berada di kedudukan ke 3 liga tetapi 3 mata memisahkan 7 tempat pertama liga. Berada di landasan terbaik untuk menepati sasaran kita untuk berada di top 5 liga pada akhir musim. Kita masih perlu menyelesaikan permasalahan penyerang kita. Kombinasi bermain di tempat sendiri, hujan, lions yang mungkin penat travelling ke Kuching dan prestasi kurang menentu Lions mungkin menyumbang kepada kemenanga kita malama ini. Nasib yang sama mungkin tidak menyebelahi kita di dalam program #MarchMadness yang seterusnya. Kita masih perlu untuk menyelesaikan masalah penyerang kita. Nama – nama seperti Chris Wood (pemain sensasi Football Manager) dan Ryan Griffith semakin kencang disebut untuk menggantikan awang import kita.

Ataupun mungkin ktia sudah menemui ramuan terbaik kita dengan pendekatan “false number 9”?

JUMPA LAGI DI SDM! NGAP SAYOT!

Artikel ditulis oleh UltraCrocs.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top