Sarawak United pasti mahu bangkit dari kekalahan memalukan tempoh hari, dan ini menyebabkan mereka tidak boleh dipandang mudah.
Penyerang Kuala Lumpur, Romel Morales, merasakan pasukannya tidak boleh menilai kemampuan Sarawak United berdasarkan kejayaan lepas.
Komen Morales hadir menjelang pertemuan dengan Sarawak United pada aksi keempat Kumpulan A TM Piala Malaysia 2021 di Stadium UiTM kelak.
Pada perlawanan ketiga, Kuala Lumpur dengan mudah telah menang selesa 4-0 pada pertemuan terakhir, 30 Oktober lalu.
Malah, Morales turut merasakan bahawa Sarawak United mempunyai kelebihan dan pasti mahu bangkit dalam perlawanan di tempat sendiri bagi mengekalkan peluang mereka mencari slot ke suku akhir TM Piala Malaysia.
“Kami sedar Sarawak pasti mahu menebus kekalahan yang dialami tempoh hari namun saya rasa pasukan hanya perlu kekalkan cara bermain seperti mana dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, ” katanya Morales.
Dalam perkembangan sama, Morales juga merasakan pemain pasukannya dalam keadaan terbaik untuk berhadapan pasukan Kenyalang Emas itu.
“Pasukan sekarang berada dalam prestasi terbaik malah kami semakin berkeyakinan untuk hadapi perlawanan yang akan mendatang.” katanya lagi.