Kelab Liga Super Sarawak United telah menafikan laporan dan dakwaan berita Astro Awani yng melaporkan bahawa kelab tersebut ada menjanjikan kontrak untuk Sandro da Silva.
Menurut kenyataan kelab tersebut, Sandro sememangnya ada ditawarkan kontrak pada 2 Disember 2021, namun tawaran tersebut telah ditolak pemain Brazil tersebut.
Sandro kemudiannya telah mengemukakan tawaran balas empat hari kemudian, dan pihak Sarawak United menegaskan mereka tidak ada menyatakan secara rasmi sekiranya menerima terma tawaran kontrak yang dikemukakan oleh Sandro.
Sarawak United dalam pada itu juga menyatakan mereka tidak ada menjemput Sandro untuk ke Malaysia atau menghalang pemain import tersebut daripada masuk ke Malaysia atas urusan peribadi.
>> DAPATKAN TOPI SARAWAK UNITED
Kelab yang dimiliki Posa Majais itu dalam pada itu juga menyatakan bahawa pemilihan pemain Sarawak United telah diserahkan sepenuhnya kepada ketua jurulatih E. Elavarasan sejak 1 Januari 2022.
Anda boleh membaca kenyataan penuh kelab tersebut dibawah.