Ketua jurulatih Sarawak United FC, E. Elavarasan menafikan gelaran ‘JDT FC Liga Premier” yang diberikan sesetengah pihak terhadap pasukan bimbingannya.
Beliau menafikan perkara tersebut apabila ditanya wartawan sejurus selepas perlawanan Sarawak United menentang Perak II, yang mana menyaksikan pasukan bimbingannya menang 3-0.
“Tidak – tidak. Kita punya pasukan adalah Sarawak United sahaja. Perjalanan masih jauh. Baru dua perlawanan. Macam – macam boleh berlaku selepas ini.” kata Elavarasan ketika menidakkan khabar bahawa pasukan beliau digelar ‘JDT FC Liga Premier’.
Elavarasan juga menegaskan bahawa pasukan perlu konsisten jika mahu terus berjaya.
“Kita kena konsisten, kita kena tengok perlawanan demi perlawanan. Kita kena lihat pemain. Saya lihat setakat ini dalam dua perlawanan ada peningkatan.
“Tetapi paling penting, kena konsisten. Sebab bila kita terlalu selesa, kita akan lupa diri kita.” ujar Elevarasan lagi.
Biarpun tidak mahu dilihat sebagai pilihan Sarawak United merupakan pasukan yang dianggap cukup kuat di atas kertas dengan barisan pemain yang ternama dan berpengalaman.
Kelab tersebut setakat ini juga telah membuktikan mereka tidak akan mengulangi kesilapan musim lepas dimana mereka mengakhiri musim di kedudukan bawah liga.
Kemenangan Sarawak United ke atas Perak II adalah kemenangan kedua kelab tersebut.