Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengumumkan beberapa perubahan perlawanan berkuat kuasa serta merta. Mengikut laman Facebook rasmi FAS, berubahan-perubahan tersebut adalah seperti di bawah:
1. LS11 (bil per 63) iaitu Sarawak lwn Perak di Stadium Negeri Sarawak, Kuching yang pada asalnya dijadualkan pada 30 Mei 2015 dipinda ke tarikh baru iaitu pada 27 Jun 2015.
2. LS15 (bil per 85) iaitu Pahang lwn Sarawak di Stadium Darulmakmur, Kuantan yang pada asalnya dijadualkan pada 27 Jun 2015 dipinda ke tarikh baru iaitu 23 Jun 2015.
3. LS17 (bil per 99) iaiti Sarawak lwn Selangor di Stadium Negeri Sarawak, Kuching yang pada asalnya dijadualkan pada 25 Julai 2015 dipinda ke tarikh baru iaitu pada hari Rabu, 05 Ogos 2015.
Tidak ada penerangan diberikan pihak FAS berkenaan punca perubahan jadual tersebut.
[KEMASKINI 18:29 – Menurut seorang wakil FAS, perubahan adalah disebabkan perlawanan Malaysia menentang Liverpool, dan Malaysia menentang Totenham]