Sarawak bakal mengharungi perlawanan suku-akhir kedua Piala FA dalam keadaan ‘tempang’ apabila senarai pemainnya yang cedera semakin meningkat akibat diberika terjahan keras dalam perlawanan Liga Super sabtu lepas.
Robert Alberts yang bercakap kepada akhbar The Borneo Post jelas risau berkenaan situasi pemain-pemainnya sambil menyifatkan bahawa pengadil perlawanan harus lebih menjaga pemain di padang.
Tambah beliau, akibat perlawanan menentang Perak yang lepas, skuad Sarawak kini kehilangan lebih ramai pemain, dan beliau bimbang jika lebih ramai pengadil mengadili perlawanan seperti Sukri Abdul Rahman, pemain Sarawak akan menjadi mangsa terjahan keras pasukan lawan ketika perlawanan.
Beliau turut berkata bahawa Junior Eldstal tidak patut dibuang padang, sambil menyatakan bahawa pihak Persatuan Bolasepak Sarawak akan membuat aduan rasmi berkenaan pengadil perlawanan tersebut.