Sarawak pilihan utama pengacara & panel Sorakan 12

Panel dan pengacara rancangan Sorakan 12 yang disiarkan pihak ASTRO Arena baru-baru ini telah, dalam sebulat suara memilih pasukan Sarawak sebagai pasukan pilihan mereka untuk layak ke peringkat suku akhir di dalam Kumpulan D untuk Piala Malaysia.

Dalam rancangan tersebut, kedua-dua ahli panel Nazzab Hidzan dan Hasnizam Uzir turut menyatakan bahawa semangat ‘Malaysia’ yang amat mendala telah mendorong mereka untuk memilih pasukan Perak dan Sarawak untuk layak ke peringkat seterusnya.

Anak jati Sarawak, Dayang Zainatull turut mengharapkan pasukan kesayangannya Sarawak mara ke ke pusingan suku akhir Piala Malaysia, sambil berkata “asal bukan Lions XII” apabila ditanya berkenaan satu lagi pasukan pilihan beliau, dan ini dipersetujui oleh pengacara Shahrazad Sani yang turut sama memilih Sarawak sebagai pilihan utama beliau.

Piala Malaysia bermula pada 20 Ogos ini dengan Sarawak membuka tirai perlawanan menentang Perak di gelanggang lawan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top